Selamat datang bulan ramadhan..bulan penuh keberkatan..
Rasanya dah terlalu lama tak menulis di sini..Kesibukan adalah alasan paling utama kenapa aku menyepikan diri..(selain terlupa pasword!!)
Terlalu banyak peristiwa penting dan bersejarah terjadi dalam kehidupanku sepanjang tahun 2010. Penghujung tahun 2009 aku disahkan hamil..kemudian pada 17 februari 2009 en.hubby terlibat dengan kemalangan. Bermula dari hari itu..rutin hidupku berubah sama sekali. Selama 29 hari aku jadi pengunjung tetap Hospital Serdang. Lepas en.hubby "discharge"..hampir setiap minggu aku terpaksa berulang alik ke hospital menemaninya berjumpa pakar bedah dan sesi fisioterapi. Itu tak termasuk berulang alik ke serata tempat perubatan tradisional.
Tidak dapat digambarkan betapa payahnya dan sukarnya menghadapi saat-saat getir ketika itu..apalagi dalam keadaan aku yg mengandung. Terpaksa memandu sendiri kerana en.hubby tak boleh memandu.
Aku tahu disaat-saat sukar itu..aku harus terus kuat dan tabah kerana aku memang tiada pilihan. Bayi yang semakin membesar dalam rahimku itulah peneman setia disaat suka dan duka. Demi dia dan dua lagi permata hatiku (Nazrin dan Nazeef) aku gagahkan diri. Seperit mana dugaan yang telah aku lalui..hanya aku dan Allah saja yang tahu. Luaran umum melihat aku kuat dan tabah..hakikatnya aku insan kerdil yang lemah dan tidak berdaya. Aku juga seperti wanita lain yang sukar menahan airmata.
Pada waktu itu aku hampir ingin berhenti dari pengajianku di UPM..namun kesabaranku berbaloi akhirnya apabila aku berjaya mendapat keputusan yang agak baik di perperiksaan akhir.
Tanggal 1 Julai akhirnya aku selamat melahirkan bayiku yang ketiga, Muhammad Nazhan Airyel di KPMC, Kajang tepat jam 12.35 t/hari..
Aku mula merasakan yang awan hitam dalam kehidupanku sudah mulai berarak pergi..En.hubby juga semakin sembuh dan sudah mula berjalan(bertongkat) dan sudah boleh memandu. Walaupun "foot drop" yg dia alami akibat komplikasi pembedahan tempoh hari belum menunjukkan tanda-tanda mahu pulih seperti sediakala..namun kami tidak akan putus berdoa. Siapa tahu..berkat kesabaran..akan ada keajaiban yang berlaku..
Semoga kehadiran ramadhan ini menjadikan aku insan yang lebih bersyukur dan taat padaNya..Insya Allah..Amin...