Dah hujung2 bulan puasa ni mmg kemalasan sangat ketara nak ke dapur siapkan juadah berbuka. Kalau boleh nak cuci dapur bagi bersih berkilat pastu jgn gunakan sampailah balik dari kampung nanti...hehehehehe..malas tak hengat tul...
Apapun..disebabkan encik suami hari ni berbuka dgn BIG BOSS, maka aku pun memasakla ikut tekak sendiri. Kalau dia ada...kene ikut tekak dia la pulok..Hari ni apa yang speselnya aku masak tempoyak goreng. Kat tanah semenanjung ni mmg aku tak pernah jumpa lagi org ke kedai ke yang masak tempoyak goreng. Selalunya buat sambal ngan masak campur dalam ikan patin masak asam. Goreng tempoyak ni boleh campur ikan bilis atau udang..hari ni oleh kerana stok udang baru habis 2 hari lepas..aku gunala ikan bilis je...Tempoyak tu pulak aku beli (eh..mak aku yang beli) kat bazar ramadhan Nilai minggu lepas..tak sabar la nak berbuka..hik hik hik...
Layannnnn.......