Masih segar dalam ingatan di penghujung tahun 2005, aku melonjak kegembiraan bila ditempatkan di Selangor slps tamat pengajian KPLI. Lepas tu, aku dan Incik suami manjat pulal JPN Selangor dgn harapan dapat ditempatkan disekolah sekitar Serdang atau Seri Kembangan. Alhamdulillah, doa dimakbulkan Allah, aku di tempatkan di SK Taman Universiti, Seri Kembangan (masa tu aku duduk d berek Poli Sri Kembangan).
3.1.2006, bermulalah diari baru kehidupanku begelar guru...tahun ke tahun..tak terasa sudah 6 tahun aku menjadi warga SKTU. 10 November 2011, aku menerima berita permohonan pertukaranku ke Daerah Sepang berjaya. Sedih dalam kesyukuran...itulah perasaanku waktu itu..Sedih kerana SKTU tempat bersejarah...aku mula mengenal pahit manis menjadi guru, kawan2 yang baik2 dan saling menyokong, dan banyak lagi sebab kenapa aku sedih sangat meninggalkan SKTU. Namun begitu, aku bersyukur kerana ditempatkan di sekolah yang lebih hampir dengan rumah. Selama 4 tahun berulang alik dari Nilai (rumah yang kami beli) ke SKTU, kos minyak dan tol bukan masalah utama walaupun di alui ianya memang berat (asalkan hati senang di tempat kerja..bagi aku OK sangat la tu..) Tapi bila membabitkan hal anak2, keputusan harus dibuat jugak...Kesian anak2 sebab travel jauh dan satu hari suntuk baru balik. Baby kat rumah pun kesian jugak...
Semoga ditempat baru, aku cepat menyesuaikan diri dan boleh membuktikan keupayaan menjadi guru yang baik dan cemerlang. Buat rakan2 di SKTU, ampun dan maaf ku pohon atas ketelanjuran tuturkata dan perbuatan. Guru2 yang mengajar Nazrin, halalkan ilmu yang diberi..SKTU cinta pertamaku yang akan kekal dalam hatiku sampai bila2...
SK Salak, Sepang...tunggu kehadiran kami.....
Wassalam...