Pages

Thursday, January 27, 2011

Busy..busy..busy..

salam semua...agak lama ye aku x update blog...bukannya apa..title di atas itu la jawapan segala persoalan...cewahhh....
Sedar tak sedar si kecil Airyel dh hampir masuk 7 bulan. Aku seronok melihat perkembangan dan keletahnya yang mencuit hati dari hari ke sehari. Alhamdulillah...dia masih bergantung sepenuhnya kepada susu mama...yummy..yummy....fasa pertama iaitu 6 bulan pertama telah pun ditamatkan dengan jayanya...sekarang aku aim sampai umurnya setahun pulak. Doakanlah aku berjaya ya...
Kerja2 skolah dan kuliah semakin bertambah..sehinggakan aku slalu rasa yg 24 jam sehari tu x cukup sebenarnya....(hehehe...boleh ke nak dapat lebih lagi??....) Project paper belum mula satu pun. Mujur ada pembantu rumah...sekurang-kurangnya ringanla sikit beban aku kat rumah. Urusan rumah kira dh settle la...walaupun hasilnya jarang skali seperti yang aku harapkan. xpe la labu....janji ok..OK la tu!!!!

Saturday, January 8, 2011

2011..

Selamat tahun baru...maybe agak terlambat nak ucap, tapi baru ada kesempatan nak berblogging...hahahaha...
Pertamanya aku nak cakap pasal azam tahun baru aku. Orang kata, tak sah tahun baru kalau takde azam baru. Azam-azamku ialah...(wah cam banyak je azam ye....hik hik hik)..1. nak habiskan study dengan jayanya 2. nak jadi anak, isteri, ibu dan pekerja yang lebih baik dan cemerlang. Eh!..2 je...???cukuplah tu...
Tahun 2011 banyak perubahan yang berlaku....Along dah masuk darjah 1..nampak macam sronok sangat dengan alam barunya. Alhamdulillah, dia anak yang tak banyak ragam pasal sekolah. Bangun senang..pagi2 skolah agama kat Taski Abim Bukit Mahkota pastu ptg pulak sambung sekolah kebangsaan bersama ngan aku. Kerana permata hatiku yang sorang inilah aku mengorbankan mengajar sesi petang..
Nazeef pulak dh masuk tadika. Aku skolahkan dia kat Tadika Permata Iman kat depan umah aku jer...dia pun alhamdulillah nampak sronok sangat bersekolah. Mudah-mudahan dia dapat ilmu sedikit sebanyak d skolah.
Si kecil Airyel dh makin bijak..ada je keletah dia yang buat aku rindu dan tak sabar nak balik umah. Dia pun dh ,mula makan. Minggu ni nak bagi dia makan nasi dengan sayur dan ikan dulu..Aku belikan ikan tenggiri semalam kerana setahu aku, ikan tu yang paling selamat dan tak gatal. Risau gak sebab dia ni jenis kulit sensitif.
Mr. Hubby pulak dah confirm dapat tukar ke IPD Sepang..keja pejabatla lepas ni. Alhamdulillah...dah 10 tahun, tiba masanya untuk dia berhijrah ke tempat baru. Aku doakan yang terbaik untuknya...amin...
AKU?Aku pulak dh tak mengajar matematik yang aku sayangi..Alasannya???aku bukan opsyen...xpelah..kita serahkan pada yang pakar..aku yakin kawan2 yang lain mampu menggalas tugas tersebut dengan baik. Tahun ni juga merupakan tahun akhir pengajianku. Tahun yang menjanjikan kesibukkan yang teramat sangat. Namun aku berazam untuk membuktikan yang aku mampu membuat yang terbaik dan berusaha sedaya upaya agar segala amanah yang diberikan kepadaku (anak, kerja dan belajar) dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna.
Nazeef bergaya dgn baju skolahnye....

Hai pertama Along d skolah


Cantik x beg saya?


Pertama kali menyarung uniform sekolah kebangsaan..
Semoga Allah memberkati keluarga kami, memberikan kami kesihatan yang berpanjangan dan menyinari kami dengan Nur dan Hidayahnya. Semoga kami menjadi khalifahnya yang mensyukuri nikmat yang diberikanNya...insya Allah..amin.


Followers