Fuhh...agak lama x update blog yer??? bukan apa..keMALASAN melanda..maklumla sibuk berjalan sini sana...hahahaha..
Cuti kali ni mmg cuti yang sebenar-benarnya. Ake se'family' bercuti sakan ke merata tempat. Al maklumla...cik abang pun dh lama x bercuti..(cuti sakit tak kirala..hehehehe).
Percutian pertama kami anak beranak mmg tidah dirancang...rezeki namanya..Kebetulan ayahandaku datang atas urusan kerja. Dapat bilik dgn 2 queen sized bed kat Corus Paradise Resort Port Dickson. Apalagi..pucuk dicita ulam mendatang...kami pun berangkatlah menumpang di hotel ayahanda selama 3 hari dua malam...hihihi...yang seronoknya anak2..hari2 berkubang katbswimming pool hotel. Kekanda suami pulak sanggup ulang alik dari Seri Kembangan ke PD sebab nak join sama.
Minggu seterusnya bonda, ayahanda dan adinda bongsu datang sempena konvokesyen dinda brader paling bongsu tu kat UPM..sehari sebelum konvokesyen kitaorg ronda ke Seremban sambil menjamu tekak dengan Cendol Leman Dawi. Rasanya??? Boleh tahan la..aku bagi 4 bintang. Tapi yg bestnya..boleh tambah (refill) secara percuma dan minum percuma. Malamnya pula kami buat sambutan harijadi bonda tercinta di Bagan Lalang. Makan Seafood..mmmm yummy..yummy...sodappp.
Percutian diteruskan ke Cameron Highland sehari slps konvo si dinda brader. Cuaca kat Cameron mmg sejuk giler. Maklumla musim hujan...grrrr....sejukk...Tapi malangnya tak sempat nak bawak diaorg gi ladang Teh Boh sebab tutup pada hari Isnin. Alamak ai...macam mana leh terlepas pandang ye??? Takpela mummy...next time kita pegi ya...sian dier....hik hik hik...
Hari Selasa keluarga tercinta balik Kuching...esoknya pada hari Rabu kami bertolak ke Taiping..tapi perjalanan hari tu banyak transit sbb kekanda suami pasang tv kat kereta (yang ni mmg takde dalam plan). Sampai Ipoh, singgah umah adik ipar..malamnye pulak dinner kat gerai makan kak ipar..Lebih kurang pukul 11.30 malam baru sampai rumah mertua.
Esok pagi2 kitaorang berangkat ke Penang pulak. Kekanda suami nak beli GPS tapi aku kata takyah la..kita guna GPS Nokia ni je..dia pun setuju..tapi GPS ni banyak kekurangannya..malas nak story kat sini..mmmm...apapun paling best kitaorg tunggu sampai malam sebab nak masuk tapak pesta Pulau Pinang. Fun fairnye mmg gempak...Best Giler..Kitaorg sampai rh lebih kurang pukul 11 jugak le...penat..tapi seronok.
Pagi seterusnya kita org pegi umah adik ipar kat Selama, Perak..kat sana g mandi sungai. Tapi aku tak mandi..sejuk. Budak2 tu je yang mandi..tapi takleh lama2 sbb musim hujan...Malam balik Kuala Sepetang kitaorg pekena Mee Udang Mak Jah pulak..sedap beb..tak caya try arr..
Esoknya pulak turn kitaorg nak membeli belah kat Taiping..xdela beli benda apa sangat pun..beli baju anak2 sepasang dua..kekanda hubby plak dpt sepasang baju t ngan sluar. Aku malas nak beli baju, lagipun xde yang berkenan..Sebelah malam pulak kitaorg gi makan kat Kamunting satu keluarga marangkap sambutan harijadi mak mertua. Tapi makan tak sedap sgtla kat situ...uhuk uhuk....
Hari seterusnya kitaorg cadang nak tido umah adik ipar kat Ipoh..pg2 dah kluar rumah. Ronda2 bandar Ipoh cari tempat makan..tapi tak jumpa tpt yg berkenan. Kekanda suami ajak balik KL..aku on je..Maka batal lah hasrat nak bermalam di Ipoh. Sampai d Nilai aku pun ajak kazen aku g makan kat Restoran Sunita kat Salak Tinggi. Mmg sedap dan berbaloi-baloi....heheehheee..
20 dec 2010 hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke7. Aku dan kekanda suami g kluar makan tanpa anak2 (first time tinggalkan diaorang sbb nk g makan berdua) Rasa janggal sangat..tapi takpela sekali sekala kan. Mula2 cadang nak ke Restoran Arab Al daifah di Sri Petaling..malangnya tutupla pulak...adoiyaiii..lepas tu aku dan dia (hihihihi)..patah balik cari kedai arab kat Seri Kembangan...dan akhirnya kami pilih Restoran Half Moon di Serdang Perdana. Ini restoran Iran. Tapi makanannya mmg sedap..laen kali nak ajak family datang makan kat situ..harganya pun boleh tahan...
Akan ku uploadkan gambar2 semasa percutianku...sekarang ni tgh malas nak mengupload...TUNGGU!!!!..