Tinggal lagi 5 hari lil Airyel mencecah 6 bulan..kalau ikut teori sebenar slps usia itu baru boleh bagi makan. Pagi tadi aku baca buku si cantik Wardina Safiyah...Mama Saya Lapar yang mengatakan dia bagi makan anaknya selepas 5 bulan. Makanan pengenalan je la katanya. Ianya memberikan aku keyakinan untuk memperkenalkan makanan pejal buat Airyel. Aku pilih pisang sebagai first solid food untuk si comelku yang tersayang...menurut bahan bacaan yang pernah aku baca, pisang terutama pisang emas merupakan pilihan yang terbaik. Alhamdulillah Airyel menerimanya dengan baik. Pisang tu aku lenyek dan tapis supaya lebih halus kemudian campur dengan susu mama..hik hik hik....sedap la kut sebab Airyel makan sampai habis. Lepas makan aku bagi dia minum air susu mama lagi..belum berani nak bagi air masak..tunggula ye..
Mmmm..lagi satu yang menyebabkan aku memilih pisang ialah, si kecik comel tu tak poo-poo dari semalam. Mudah mudahan dengan bantuan pisang tu dia akan poo-poo hari ni. Risau la jugak kan..takut sembelit..
Ada sedikit info tentang makanan pejal pertama bayi yang mungkin boleh dijadikan oleh kita sebagai panduan dalam memilih yang terbaik dan sesuai. Ianya aku perolehi dari www.sarakids.com. Lawatla laman web tersebut untuk lebih banyak info...hehehehe...
No comments:
Post a Comment