Menyusui anak dgn susu badan sepenuhnya adalah niat pertama aku sejak mengetahui aku mengandung si kecil Airyel..Aku seboleh-bolehnya tak mau terlepas peluan keemasan itu untuk kali yg ketiga ini. Along dan Nazeef sempat disusukan kurang setahun. Itu pun lepas sebulan di campur susu formula sebagai persediaan untuk turun bekerja semula. Kekurangan maklumat dan ilmu ( sekarang pun tgh menambah ilmu BF ni..mmg masih byk nak blaja) menyebabkan aku akhirnya mengalah pada ketika itu..
Menyusu badan sepenuhnya mmg banyak cabaran dan dugaan...terutama bila production mula kurang dan stok dah habis..fuhh..mmg mencabar dan kadang2 sampai meleleh air mata. Tapi aku kuatkan jugak semangat..bukak blog2 mommies yg fully bf dan jenguk-jengok susuibu.com dan ratuhati.com utk menaikkan semula semangat yang hampir luntur.
Aku percaya 100% bahawa kekurangan susu badan tiada kaitan sama sekali dengan fizikal seseorang itu mahupun faktor keturunan....(mengarut semua tu...huhuhu)..faktor utamanya ialah disiplin. Aku sendiri sejak cuti skolah ni..asyik berjalan je sampai berberapa hari SKIP sesi mengepam (aktiviti utama yg kita ditegah untuk ponteng)..bila nak mula mengepam je..dapat 2 hingga 3oz sahaja..sedi mmg sedih..Tapi aku tak nak kusutkan fikiran dan stress kerana ia akan memburukkan lagi keadaan.
Aku harus mula balik tanpa rasa putus asa, Insya Allah. Fasa pertama penyusuan (6 bulan pertama)untuk si putera kecil Airyel hampir berjaya. Doaku agar aku dapat menyusukannya untuk sekurang-kurangnya setahun dan kalau boleh sehingga usianya mencecah dua tahun. Mudah mudahan niat murniku di restui Allah. Terlalu banyak kelebihan susu ibu yang aku tak ingin Airyel terlepas dari mendapatkannya...Sayang anak mama...mmmuahhh..
Monday, November 29, 2010
Kek Batik Jawa
Jom kongsi resipi..mmg syok untuk minum petang..senang dan cepat nak buat.. Bahan-bahan yg diperlukan;
1 buku butter cup
1 cawan Milo
1 cawan koko
1 tin susu pekat
6 biji telur
½ cawan air
2 paket biskut marie (patah 4)
Cara-caranya :
Patah²kan biskut marie ke dalam 1 mangkuk besar.
Masukkan butter ke dalam periuk atau kuali yang telah dipanaskan. Biar sehingga butter tu habis mencair. Kemudian masukkan milo dan sedikit gula. Kacau sehingga sebati. Jangan biarkan campuran butter dan milo tu membeku atau bergumpal ye. Pastuh, masukkan koko, telur yang telah dikacau dan 1/2 cawan air tadi ke dalam kuali tersebut.
Kemudian, masukkan susu pekat tu. Bila dah tengok campuran coklat tu dah mendidih dan takde yang bergumpal, korang boleh la tutup api tu. Last skali, masukkan biskut marrie yang dah dipatahkan tu ke dalam kuali tu. Kacau gaulkan dan masukkan dalam loyang kemudiannya. Mampatkan semampat²nya kat dalam loyang tu. Masukkan dalam peti sejuk selama lebih kurang 2 jam..
mmm...sodap...

Pam oh Pam..
Assalamualaikum....
hari ni aku nk share sikit kisah pam susu. Sejak disahkan mengandung aku dah berniat nk susukan baby at least 6 bln pertama secara eksklusif..tp agak malang kerana tidak byk persediaan yg dibuat krn terlalu sibukn (en hubby accident-spt yg diceritakan dlm post yg lepas). Namun niat yg baik itu Allah permudahkan..adikku telah memberikan pam Avent ISIS yg dibelinya ketika bersalin tahun lps tp x sempat nk guna..ktnya baby xnak..Pam ni mmg best..sekali pam boleh dapat 10oz (5oz setiap satu payudara). Tapi lenguh takpayah crita la..Setelah 4 bulan..aku pun mula memasang angan2 nak beli pam elektrik.
Niat nak beli pam elektrik akhirnya termakbul jua bila aku berkunjung ke Msia Baby, Children and Parents Expo di Midvalley hjg minggu lepas. Aku akhirnya memilih Spectra 3...yg merupakan antara pam elektrik yg paling ramai pengguna..salah satu sbb utama ialah harganya yg berpatutan.
Berberapa hari guna pam ni..aku rasa mcm lebih serasi dgn pam manual Avent tu...lebih banyak susu dan suctionnya kita yg kontrol...yg letrik ni ikut rythm. Entahla..agaknya belum serasi lagi kut..(huhuhu...sedapkan hati sendiri ni..)..Aku kena berlatih sampai serasi dgn pam ni agar pengorbanan membelinya berbaloi...hehehehe...aku percaya..niat yg baik akan ada jalan penyelesaiannya..Insya Allah.
Nak stop dulu ye...ada byk lg benda nak kongsi sebenarnya..makli=umla dh lama benar blog ni dibiarkan sepi....
Sampai ketemu lagi ya...

Sunday, November 28, 2010
New Template
assalamualaikum....
syoknye dapat tukar template..ada yang nak di kongsi bersama hari ni...tapi kene stop kejap...si kecil Airyel dah bangun dan poo po...aduyai...anak mama...
jumpa jap lagi ye..Insya Allah :))

Subscribe to:
Comments (Atom)