Pages

Monday, November 29, 2010

Pam oh Pam..

Assalamualaikum....

hari ni aku nk share sikit kisah pam susu. Sejak disahkan mengandung aku dah berniat nk susukan baby at least 6 bln pertama secara eksklusif..tp agak malang kerana tidak byk persediaan yg dibuat krn terlalu sibukn (en hubby accident-spt yg diceritakan dlm post yg lepas). Namun niat yg baik itu Allah permudahkan..adikku telah memberikan pam Avent ISIS yg dibelinya ketika bersalin tahun lps tp x sempat nk guna..ktnya baby xnak..Pam ni mmg best..sekali pam boleh dapat 10oz (5oz setiap satu payudara). Tapi lenguh takpayah crita la..Setelah 4 bulan..aku pun mula memasang angan2 nak beli pam elektrik.

Niat nak beli pam elektrik akhirnya termakbul jua bila aku berkunjung ke Msia Baby, Children and Parents Expo di Midvalley hjg minggu lepas. Aku akhirnya memilih Spectra 3...yg merupakan antara pam elektrik yg paling ramai pengguna..salah satu sbb utama ialah harganya yg berpatutan.

Berberapa hari guna pam ni..aku rasa mcm lebih serasi dgn pam manual Avent tu...lebih banyak susu dan suctionnya kita yg kontrol...yg letrik ni ikut rythm. Entahla..agaknya belum serasi lagi kut..(huhuhu...sedapkan hati sendiri ni..)..Aku kena berlatih sampai serasi dgn pam ni agar pengorbanan membelinya berbaloi...hehehehe...aku percaya..niat yg baik akan ada jalan penyelesaiannya..Insya Allah.

Nak stop dulu ye...ada byk lg benda nak kongsi sebenarnya..makli=umla dh lama benar blog ni dibiarkan sepi....
Sampai ketemu lagi ya...

No comments:

Post a Comment

Followers