Menyusui anak dgn susu badan sepenuhnya adalah niat pertama aku sejak mengetahui aku mengandung si kecil Airyel..Aku seboleh-bolehnya tak mau terlepas peluan keemasan itu untuk kali yg ketiga ini. Along dan Nazeef sempat disusukan kurang setahun. Itu pun lepas sebulan di campur susu formula sebagai persediaan untuk turun bekerja semula. Kekurangan maklumat dan ilmu ( sekarang pun tgh menambah ilmu BF ni..mmg masih byk nak blaja) menyebabkan aku akhirnya mengalah pada ketika itu..
Menyusu badan sepenuhnya mmg banyak cabaran dan dugaan...terutama bila production mula kurang dan stok dah habis..fuhh..mmg mencabar dan kadang2 sampai meleleh air mata. Tapi aku kuatkan jugak semangat..bukak blog2 mommies yg fully bf dan jenguk-jengok susuibu.com dan ratuhati.com utk menaikkan semula semangat yang hampir luntur.
Aku percaya 100% bahawa kekurangan susu badan tiada kaitan sama sekali dengan fizikal seseorang itu mahupun faktor keturunan....(mengarut semua tu...huhuhu)..faktor utamanya ialah disiplin. Aku sendiri sejak cuti skolah ni..asyik berjalan je sampai berberapa hari SKIP sesi mengepam (aktiviti utama yg kita ditegah untuk ponteng)..bila nak mula mengepam je..dapat 2 hingga 3oz sahaja..sedi mmg sedih..Tapi aku tak nak kusutkan fikiran dan stress kerana ia akan memburukkan lagi keadaan.
Aku harus mula balik tanpa rasa putus asa, Insya Allah. Fasa pertama penyusuan (6 bulan pertama)untuk si putera kecil Airyel hampir berjaya. Doaku agar aku dapat menyusukannya untuk sekurang-kurangnya setahun dan kalau boleh sehingga usianya mencecah dua tahun. Mudah mudahan niat murniku di restui Allah. Terlalu banyak kelebihan susu ibu yang aku tak ingin Airyel terlepas dari mendapatkannya...Sayang anak mama...mmmuahhh..
No comments:
Post a Comment