Pertamanya aku nak cakap pasal azam tahun baru aku. Orang kata, tak sah tahun baru kalau takde azam baru. Azam-azamku ialah...(wah cam banyak je azam ye....hik hik hik)..1. nak habiskan study dengan jayanya 2. nak jadi anak, isteri, ibu dan pekerja yang lebih baik dan cemerlang. Eh!..2 je...???cukuplah tu...
Tahun 2011 banyak perubahan yang berlaku....Along dah masuk darjah 1..nampak macam sronok sangat dengan alam barunya. Alhamdulillah, dia anak yang tak banyak ragam pasal sekolah. Bangun senang..pagi2 skolah agama kat Taski Abim Bukit Mahkota pastu ptg pulak sambung sekolah kebangsaan bersama ngan aku. Kerana permata hatiku yang sorang inilah aku mengorbankan mengajar sesi petang..
Nazeef pulak dh masuk tadika. Aku skolahkan dia kat Tadika Permata Iman kat depan umah aku jer...dia pun alhamdulillah nampak sronok sangat bersekolah. Mudah-mudahan dia dapat ilmu sedikit sebanyak d skolah.
Si kecil Airyel dh makin bijak..ada je keletah dia yang buat aku rindu dan tak sabar nak balik umah. Dia pun dh ,mula makan. Minggu ni nak bagi dia makan nasi dengan sayur dan ikan dulu..Aku belikan ikan tenggiri semalam kerana setahu aku, ikan tu yang paling selamat dan tak gatal. Risau gak sebab dia ni jenis kulit sensitif.
Mr. Hubby pulak dah confirm dapat tukar ke IPD Sepang..keja pejabatla lepas ni. Alhamdulillah...dah 10 tahun, tiba masanya untuk dia berhijrah ke tempat baru. Aku doakan yang terbaik untuknya...amin...
AKU?Aku pulak dh tak mengajar matematik yang aku sayangi..Alasannya???aku bukan opsyen...xpelah..kita serahkan pada yang pakar..aku yakin kawan2 yang lain mampu menggalas tugas tersebut dengan baik. Tahun ni juga merupakan tahun akhir pengajianku. Tahun yang menjanjikan kesibukkan yang teramat sangat. Namun aku berazam untuk membuktikan yang aku mampu membuat yang terbaik dan berusaha sedaya upaya agar segala amanah yang diberikan kepadaku (anak, kerja dan belajar) dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna.
Nazeef bergaya dgn baju skolahnye....


No comments:
Post a Comment