Pages

Sunday, July 31, 2011

Nursing moms vs Puasa



Salam Ramadhan...
Insya Allah esok dh mula puasa. Agak mendebarkan jugak bg aku...coz tahun lepas byk jugak lompong puasaku sbb ms tu airyel baru masuk 2 bulan. Air susu aku terus down bila aku puasa. Bukan salah puasa tp kesalahan sendiri agaknya..mungkin cara dan makanan yang aku ambil masa sahur dan berbuka tak memenuhi 'piawaian' ibu menyusu..hehehe...

Ramadhan kali ini, insya Allah aku lebih bersedia. Byk blog2 nursing moms aku terjah nak dapatkan tips...aku pun nak share kan sikit info/tips yang aku dapat dari duniasusuibu.com. untuk panduan dan sebagai penaik semangat aku....jom kita lihat sama2:

Tips untuk ibu menyusu di bulan Ramadhan

  1. Perbaharui niat untuk menyusui anak kerana Allah. YAKIN Allah yang beri susu. Bukan susu untuk ibu menyusu jenama ABC, XYZ atau sebarang produk lain.
  2. Berdoa : “Ya Allah, aku ingin menyusu anakku kerana suruhanMu. Bantulah aku Ya Allah agar dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bantulah aku untuk bersabar dan mudahkanlah aku menyusu anakku”.
  3. Menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur. Nabi saw bersabda: “Umatku tetap berada di dalam kebaikan, selama mana mereka menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur”
  4. Fokus pada KUALITI, bukan KUANTITI.
  5. Berbuka puasa dan bersahur dengan makanan seimbang yang kaya dengan protein, glukos dan cecair.
  6. Makan banyak kurma.
  7. Minum cukup cecair. Elakkan minuman berkafein dan minuman gas.
  8. Makan makanan berkarbohidrat dan kaya dengan serat.
  9. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran.
  10. Pastikan teknik penyusuan yang betul, kerapkan menyusui bayi.
  11. Pastikan teknik mengepam dan menggunakan pam yang betul.
  12. Lebihkan sesi menyusu secara terus dan mengepam pada waktu malam. Pam dan menyusu terus secara serentak.
  13. Pam susu sebelum sahur.
  14. Sediakan kurma dan botol air di dalam beg tangan. Mungkin anda akan mengalami kesesakan jalan raya dan terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan. Setibanya di rumah, pastikan anda berbuka puasa dahulu sebelum menyusu bayi anda (jika keadaan mengizinkan).
  15. Sediakan lebih stok perahan susu ibu (EBM) sebagai persediaan menghadapi Ramadhan.
  16. Ambil milk booster jika perlu.
  17. Elakkan terlalu penat.
  18. Jauhi stress dengan sentiasa berfikiran positif dan sentiasa ceria
  19. Berjumpa dengan mereka yang pakar dalam bidang penyusuan sekiranya menghadapi masalah.
Semoga aku dan kalian yang menyusukan anak diberi kekuatan untuk berpuasa dan terus menyusukan anak tanpa kekurangan air susu...amin...Semoga ramadhan kali ini membawa seribu rahmat dan segala amalan kita diberkati Allah s.w.t..amin..amin..amin..


Tuesday, July 26, 2011

sHaring in cAriNg

Salam..

memandangkan bulan posa dh hampir sangat...jd nak ambik kesempatan shares sedikit info tentang kelebihan posa ni. Rata2 kita dh sedia maklum dgn kelebihan berpuasa...but..mc aku ckp kat atas tue..'sharing is caring'..tak gitewww....

1 Ogos ni dijangkakan penduduk Islam di Malaysia dan mungkin seluruh dunia akan memulakan ibadat puasa. Untuk kita yang menjangkau umur tinggi ni, kita dah berpuasa banyak kali dah.

Kat ada sedikit info tentang kebaikan berpuasa ni mengikut kajian sains para bijak pandai.

1. Allan Cott, M.D - Pakar dari Amerika hasil pengumpulan maklumat dari para ilmuwan lain.
1. To feel better physically and mentally (merasa lebih baik secara fizikal dan mental).
2. To look and feel younger (merasa lebih muda).
3. To clean out the body (membersihkan badan)
4. To lower blood pressure and cholesterol levels (menurunkan tekanan darah dan kadar lemak.
5. To get more out of sex (lebih mampu mengendalikan seks).
6. To let the body health itself (membuat badan sihat dengan sendirinya).
7. To relieve tension (mengendurkan ketegangan jiwa).
h. To sharp the senses (menajamkan fungsi sense).
i. To gain control of oneself (memperolehi kemampuan mengendalikan diri sendiri).
j. To slow the aging process (memperlambat proses penuaan).


2. Dr. Yuri Nikolayev - Pengarah bahagian diet di Moscow: Dia cakap "What do you think is the most important discovery in our time? The radioactive watches? Exocet bombs? In my opinion the bigest discovery of our time is the ability to make onself younger phisically, mentally and spiritually through rational fasting.



3. Alvenia M. Fulton - Direktor Lembaga Makanan Sihat "Fultonia" di Amerika Syarikat menyatakan bahawa puasa adalah cara terbaik untuk memperindah dan mempercantik wanita secara semulajadi. Puasa menghasilkan kelembutan pesona dan daya pikat. Puasa menormalkan fungsi-fungsi kewanitaan dan membentuk kembali keindahan tubuh (fasting is the ladies best beautifier, it brings grace charm and poice, it normalizes female functions and reshapes the body contour)



4. Muzam MG, Ali M.N dan Husain berpendapat bahawa puasa juga selamat untuk pesakit yang mempunyai gangguan ulser. Penelitian dilakukan oleh Muzam MG, Ali M.N dan Husain dalam tindakan terhadap kesan puasa Ramadhan terhadap sakit perut.



5. Elson M. Haas M.D. - Direktor Medical Centre of Marin (sejak 1984) mengatakan dalam puasa merupakan bahagian dari trilogy nutrition, balancing, building( toning). Elson percaya bahawa puasa adalah bahagian yang hilang "missing link" dalam diet di dunia
barat.

Kebanyakan orang di barat over eating atau terlalu banyak makan, makan dengan protein yang berlebihan dan lemak yang berlebihan.

Sehingga ia menyarankan agar orang lain mulai mengatur makanannya agar lebih seimbang dan mulai berpuasa, kerana puasa bermanfaat sebagai: purifikasi, peremajaan, istirahat pada organ pencernaan, anti aging, mengurangi alergi, mengurangi berat badan, mengawal mental dan emosi, perubahan kebiasaan dari kebiasaan makan yang buruk menjadi lebih seimbang dan lebih terkawall, meningkatkan daya tahan tubuh.


Sebenarnya ramai lagi pakar-pakar kesihatan yang mengkaji dan menilai puasa Ramadan ni. Mereka semuanya memberikan komen bahawa,Puasa Ramadan = Ajaib.

Jadi kita boleh jadikan peluang yang akan datang minggu depan ni sebagai satu titik tolak untuk kita berubah. Apa yang paling penting

(1) Bersahurlah.
(2) Berbuka nanti kawallah pengambilan makanan.
(3) Lengkapkan terawih jika boleh. Senaman tu!
(4) Bergembiralah dengan puasa ni, jangan kita rasa tertekan, sebab dipenghujung puasa nanti badan kita akan berubah jadi lebih sihat!

SEMOGA PUASA KITA MENDAPAT KEBERKATAN.AMIN.

Monday, July 25, 2011

Macam-macam hal.....

Salammmm......
hik hik hik....
sesuia le dgn tajuk posting aku kali ni...macam2 hal yg berlaku setiap hari...
ada hepi ada drama air mata...macam2 ada...
Alhamdulillah..si kecik Airyel dh berusia setahun. Hari tu bday party yg tak d plan agak meriah akhirnya...rancang nak buat simple2 je..xpela..ada rezeki lebih buat la stakat yg mampu..yang penting HAPPY!!

Si kecik ni mmg makin menjadi kerenahnya...langsung xnak munum susu dlm botol. Ntah la..naik risau plak aku weii...mana taknya...bibik tu dh nak balik hujung bln 8 nih!!..Serabut kepala ni memikirkan hal ni..cam mana aku nak buat ye...mmmm...sabar jela weh...

aku pulak..dh sedap benar cuti sem ni sampai tak sentuh langsung project paper aku tu...kira mcm projek terbengkalai la ni..huhuhu...tgh mengumpul semangat dan kekuatan ni...semoga dtg segera la aura nk buat project paper ni....

k la...nak chow dulu...idea suda kering....zasssss.......

Followers