Pages

Sunday, July 31, 2011

Nursing moms vs Puasa



Salam Ramadhan...
Insya Allah esok dh mula puasa. Agak mendebarkan jugak bg aku...coz tahun lepas byk jugak lompong puasaku sbb ms tu airyel baru masuk 2 bulan. Air susu aku terus down bila aku puasa. Bukan salah puasa tp kesalahan sendiri agaknya..mungkin cara dan makanan yang aku ambil masa sahur dan berbuka tak memenuhi 'piawaian' ibu menyusu..hehehe...

Ramadhan kali ini, insya Allah aku lebih bersedia. Byk blog2 nursing moms aku terjah nak dapatkan tips...aku pun nak share kan sikit info/tips yang aku dapat dari duniasusuibu.com. untuk panduan dan sebagai penaik semangat aku....jom kita lihat sama2:

Tips untuk ibu menyusu di bulan Ramadhan

  1. Perbaharui niat untuk menyusui anak kerana Allah. YAKIN Allah yang beri susu. Bukan susu untuk ibu menyusu jenama ABC, XYZ atau sebarang produk lain.
  2. Berdoa : “Ya Allah, aku ingin menyusu anakku kerana suruhanMu. Bantulah aku Ya Allah agar dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bantulah aku untuk bersabar dan mudahkanlah aku menyusu anakku”.
  3. Menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur. Nabi saw bersabda: “Umatku tetap berada di dalam kebaikan, selama mana mereka menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur”
  4. Fokus pada KUALITI, bukan KUANTITI.
  5. Berbuka puasa dan bersahur dengan makanan seimbang yang kaya dengan protein, glukos dan cecair.
  6. Makan banyak kurma.
  7. Minum cukup cecair. Elakkan minuman berkafein dan minuman gas.
  8. Makan makanan berkarbohidrat dan kaya dengan serat.
  9. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran.
  10. Pastikan teknik penyusuan yang betul, kerapkan menyusui bayi.
  11. Pastikan teknik mengepam dan menggunakan pam yang betul.
  12. Lebihkan sesi menyusu secara terus dan mengepam pada waktu malam. Pam dan menyusu terus secara serentak.
  13. Pam susu sebelum sahur.
  14. Sediakan kurma dan botol air di dalam beg tangan. Mungkin anda akan mengalami kesesakan jalan raya dan terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan. Setibanya di rumah, pastikan anda berbuka puasa dahulu sebelum menyusu bayi anda (jika keadaan mengizinkan).
  15. Sediakan lebih stok perahan susu ibu (EBM) sebagai persediaan menghadapi Ramadhan.
  16. Ambil milk booster jika perlu.
  17. Elakkan terlalu penat.
  18. Jauhi stress dengan sentiasa berfikiran positif dan sentiasa ceria
  19. Berjumpa dengan mereka yang pakar dalam bidang penyusuan sekiranya menghadapi masalah.
Semoga aku dan kalian yang menyusukan anak diberi kekuatan untuk berpuasa dan terus menyusukan anak tanpa kekurangan air susu...amin...Semoga ramadhan kali ini membawa seribu rahmat dan segala amalan kita diberkati Allah s.w.t..amin..amin..amin..


No comments:

Post a Comment

Followers