Pages

Tuesday, January 10, 2012

Keadilan

weee.....
lain macam je tajuk posting ari ni...KEADILAN...bukan parti politik ye....

Esok aku and mr suami akan ke mahkamah Bandar Baru Bangi untuk perbicaraan kes kemalangan 17 Feb 2009 dulu..dah hampir 3 tahun berlalu...tapi kenangan pahit tu akan kekal dalam ingatan aku dan pastinya Mr suami.

Esok nak tengok muka cina tua yg langgar dia...dah 3 thn x pernah tunjuk muka...jangankan nak hulur bantuan...mintak maap pon x pernah. Ingat dia langgar anak ayam gamaknye....

Bila imbas balik kisah tu...aku rasa nak meraung je..x percaya dgn apa yg berlaku. Susah payah sepanjang Mr suami terlantar sakit dgn keadaan aku yg mengandung, kerja dan study...mmg tersangat tidak tertanggung.

Aku percaya...ia dugaan Allah kepada ku..kata org Allah menguji pasti ada sebabnya. Mungkin ada sesuatu hikmah tersembunyi..sesuatu yang lebih indah Allah ingin hadiahkan kepada kami, atau mungkin saja ianya untuk menebus dosa2 lampau..apa pun sebab dan puncanya...aku terima dengan redha..

Aku dan Mr suami mengharapkan perbicaraan esok berjalan dgn lancar. Kami bukan org besar mcm Anuar Ibrahim..tapi kami juga mahu pembelaan dan keadilan..

Semoga segala urusan dipermudahkan olehNya...insya Allah...aminnn....Ya ALLAH..hanya padamu aku berserah...

No comments:

Post a Comment

Followers