Pages

Wednesday, January 11, 2012

SELESAI

Alhamdulillah...syukur kepadaNya...
Setelah menunggu, akhirnya kes kemalangan tu selesai tadi.
Jumlah yang telah dipersetujui boleh tahan...
tapi, sakit..derita dan kesan kemalangan yang kekal tidak akan pernah mampu terbayar dengan sebanyak mana jumlah wang pun...Masa dan airmata yg telah terbuang tak ternilai harganya..

Namun begitu, jauh disudut hati aku bersyukur atas kesihatan yang diberikan kpd mr suami yang menunjukkan perubahan positif. Mata kasar dia nampak sihat dan normalkan?? Cukuplah..aku tak layak nak minta terlalu banyak dariNYa yang maha Esa. Bersykur sangat2 kerana sekurang-kurangnya dia masih bernyawa dan mampu bekerja mcm org lain.

Hati mmg ralat dan terkilan dengan sikap APEK TUA yang langgar mr suami hari tu..Dahla tak pernah sekali pun menjenguk kami, apalagi nak hulurkan bantuan walaupun dia mmg tahu sangat yang dia bersalah.. Semasa di mahkamah dia langsung taknak menoleh pada kami, hulur tangan mmg langsung tak sudi.

Mungkin sebab dia kaya dan berada...kesombongan menguasai diri..takpe,,aku percaya pada hukum karma di dunia.. Seronok ye bila langgar org sampai cacat lepas tu buat tak tahu sebab syarikat insurans yang akan bayar semua pampasan. Huhhh...

Apapun yang telah terjadi, aku dan mr suami redha...biar Allah saja yang membalas segala baik buruk yang org lakukan kepada kami...

Semoga hari2 depan bakal menjanjikan kebahagiaan yang berpanjangan...insya Allah...amin...

No comments:

Post a Comment

Followers